Cinta Membunuh Manusia Ke??

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua..

Heharap sihat semua ye. Actually, entri kali ni sedikit borink. Tapi, sebenarnya sangat mengganggu hidup aku dalam sehari, dua hari, tiga hari dan sepuluh hari-hari aku. Bukan jiwa raga aku diganggu cinta yang membunuh tu. Tapi something had affected me. Aku terkena dengan kesan cinta sahabat aku sorang nih. Apa perasaan anda jika seseorang sedang marah dengan anda sekarang? Apa perasaan anda jika seseorang sedang sakit hati dan sakit jiwa terkenangkan anda sekarang? Apa perasaan anda jika seseorang sedang menaruh dendam yang amat dengan anda sekarang? Apa perasaan anda jika seseorang sedang mendoakan anda yang bukan-bukan (na’uzubiLLah) dengan anda sekarang?

Jika anda tanyakan perasaan-perasaan saya tentang semua di atas, mestilah aku MERASA SANGAT TIDAK MAHU UNTUK MENJADI MANGSA DENDAM, SAKIT HATI, AMARAH DENGAN ‘ORANG ITU’! Tapi apa yang berlaku, akulah yang sebenarnya sedang menghadapi semua perkara di atas. Ya, akulah mangsa dendam seseorang. Manusia sedikit ‘membunuh’ kerana cinta. So, cinta membunuh manusia ke..? Entah laaa..

Bukan aku mo bukak semua perkara yang tersirat. Cuma ingin berkongsi sebuah cerita. Antara Uda dan Dara. Uda dan Dara versi P Ramlee sangat bahagia. Tapi versi kali ni, sangat membunuh! Sebab cinta. Cinta berlandaskan perasaan nan suci lahir dari hati (adeh, macam lagu Spin pulak) yang berakhir dengan kekecewaan. Jiwa luluh. Sakit bagai ditikam sembilu. Pedih lagi sedih. Berbaloikah cinta dengan hanya bertepuk sebelah tangan. Si Uda tidak membalas cinta si Dara. Maka dendamlah si Dara pada si Kesuma (watak Kesuma itulah AKU√..!!) Dendam si Dara pada si Kesuma tak bertepi. Sangat berapi. Ingin memarahi. Demi cinta suci si Dara pada si Uda. Kesumakah yang bersalah??

Anda pikirlah sendiri. Kesuma sebenarnya watak yang tercipta antara cinta Uda dan Dara. Sebenarnya Kesuma tidak menyintai sesiapa. Kerana Kesuma hanya ingin menyintai DIA YANG MAHA ESA. Tapi, kenapa Dara dendam amarah dengan Kesuma. Uda juga tidak bersalah kerana manusia berhak memilih cintanya kepada sesiapa. Dara mungkin tidak faham akan cinta. Cinta memerlukan pengorbanan. Bukan paksaan. Tapi sekarang, Dara membenci Kesuma hanya kerana cintanya kepada Uda.

♥♥♥♥♥ Cinta.. Cinta.. Anda harus berhati-hati dengan cinta. Kerana cinta mampu ‘membunuh’ anda. Kerana aku tau, Dara nda pernah akan memahami hati aku. Aku tau semestinya Dara membenci aku.. Mungkin sampai bila-bila. Bukan nda pernah mencuba untuk memberi kenyataan ngan si Dara (wahh.. macam artis pulak. hahaha…) Tapi, Dara benci tengok muka aku -SIGH-

Semakin di ‘layan’ karenah Dara, semakin buat aku menyampah kadang-kadang. Aku pernah menolong Dara untuk ‘keluar’ dari semua kesakitan yang Dara hadapi tapi keadaan tetap sama. Dara tetap dendam dengan Kesuma. Semoga apa yang berlaku ni, aku akan cuba lebih berhati-hati dengan ‘Cinta’ manusia. Sama ada ‘cinta’ lelaki mahupun ‘cinta’ perempuan -SIGH-

Dara. Aku tahu, anda akan sentiasa memikirkan Kesuma. Setiap detik. Semakin dendam menyala, sebenarnya itulah yang memakan diri anda sendiri. Kadang-kadang dunia tidak adil untuk anda. Tapi andalah yang mengatur dan mencipta rentak kehidupan anda sendiri. Sampai bila untuk tidak menghadapi realiti hidup sebenar? Anda bukanlah budak kecil yang mahu dipimpin ketika berjalan. Andalah ‘raja’ diri sendiri. Tapi sayang, anda langsung dikuasai perasaan melulu. Dendam. Semoga ALLAH melindungi anda selalu.

Kesuma. She’s okay now. No worries. Sebab ALLAH MAHA ADIL dalam setiap perkara yang berlaku.

Uda. Akan balik ke Malaysia. Semoga menemui cinta baru. Kerana anda berhak memilih. Bukan Kesuma. Mungkin Norkia. Mungkin Mas Mona. Mungkin Nora Danish (erk, melalut daaaa…)

Okehla, penat dah aku. Semakin ditaip, makin menyampah. Sebelum itu, aku minta maaf pada Uda dan Dara. Semoga kehidupan lebih baik dan bersemangat selepas ini. Hehe. Exam nda lama lagi. Chaiyo-chaiyo! InnaLLahu Ma’ana.

Sekian.

|| Alhamdulillah ||

1 Response so far »

  1. 1

    Salam Aidilfitri « || thousandwords || said,

    October 15, 2009 @ 6:42 pm

    [...] Bagaimana pula hubungan dengan sahabat-sahabatku? Jika pernah tersilap kata dan tingkah laku (malah memang pernah!) Maafkan aku! Bagaimana pula dengan ‘mereka’ yang masih bersisa amarah dan dendam? (Mungkin sudah memaafkan cuma masih tidak mampu untuk bertegur-sapa seperti sebelum ini) Walau apapun, tetap minta maaf. Sesungguh-sungguh maaf. (’mereka’ yang berkaitan sila klik sini) [...]

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words