I’mma Tell You This — ^_^

|| Bismillah ||

Assalamualaikum dan semoga baik-baik saja hendaknya :-) Selamat menyambut kedatangan bulan mulia Islam (Dzul Hijjah). Pada awal entri ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban untuk pembaca budiman semua. Semoga ALLAH SWT menerima ‘pengorbanan’ kita sejak kita mula niatkan di dalam hati. Insya Allah =)

–(Mari kita tukar ayat selepas ini kepada ayat kebiasaan Pida. Hehhh… )–

—- checking answered calls on my phone.. Owh, pada jam 10:57am tadi Mimie ada call. Wish me ‘Mabruk’ sebab nama Nor Affidah Nazurah Bt. Roshman tersenarai dalam mahasiswi yang telah berjaya dalam final exam. ALHAMDULILLAH. I’m speechless but being Thankful to Allah the Almighty! Sepatutnya kena nangis tapi bukan kebiasaan aku untuk nangis. Hehe.. But, Syukr-Lillah..

—- sila view page ini untuk melihat kegembiraan kami dalam meyambut hari raya Aidilfitri yang lepas. Hoho.. Tahun 2009, tahun ke 4 aku menyambutnya di bumi Mesir. Dan kali terakhir jugak. Lucky to be here, actually..

Planning balik ke Malaysia may be in the end of December (A.S.A.P la tuh) hehee.. Abah cakap, just take my time untuk urus sijil kuliah (padahal dari tahun lepas abah cakap “Rindu suda, harap tahun ni dapat jumpa..” =P ) Mak rajin mesej suh servay tiket dari sekarang. Eh eh.. dari dulu, hehe.. Ijam (my amazing-blessing-caring cousin) pun mengharapkan begitu. Janji akan jumpa hujung bulan disember nanti. Boleh jumpa isteri dia. Nama Nor Affidah jugak =) What a sweet co-incident name! Nama memang 100% sama ngan nama aku. Aku kira-kira mau bersuamikan nama Mohd. Khairul Nizam (Ijam) kalau boleh. Haha.. (if… =p )

—- Oho.. bila ingat-ingat balik, macam baru dua hari lepas jejak kaki bumi Mesir nih. Actually, suda 3 tahun 2 bulan aku di sini. Ber’mukim’ di sini. Belajar di sini. Hmm.. perjuangan yang tiada senang sebenarnya. Semua perlu pengorbanan. Tahun pertama berada di tahun 3 pengajian (degree Syariah Islamiyah). Sepatutnya, kena najah pada tahun tersebut tapi rezeki belum ada. Ketika itu, mahasiswi bernama Nor Affidah Nazurah Bt. Roshman masih tersenarai ‘rasibah’ dengan membawa 3 madah-s. Kira-kira 2 minggu (mungkin lebih..) berendam airmata. Hoho.. Tapi, apabila anda bersabar dan menganggapnya sebagai ujian pasti manis akhirnya. Kerana ujian adalah syarat dalam perjuangan. Dan selepas itu, aku layak ke tahun akhir (tahun 4) dengan mendapat natijah najah, taqdir Jayyid. Alhamdulillah.

—- Berada di tahun akhir, of course semangat mesti kena ada. No more playing-playing =p (tapi Pida, kau tetap rajin main game. Adeyh..!) Huhu.. tahun akhir bagi aku mungkin sedikit sebanyak ada tekanan mental (hoho, bukan pathetic!) Mungkin tekanan sebab madah-madah yang agak ‘berat’. Jadi, kena belajar rajin-rajin donk! Jadikan belajar adalah hobi anda. Pastikan baca kitab sampai habis. Maksud aku, baca semua tajuk. Kalau just baca muqarar saja adalah sangat merbahaya. Huhu.. Buat jadual dan mesti ‘patuh’ pada masa. Kena ‘bercinta’ dengan kamus Arab-Melayu-Inggeris. Hehe.. BTW, kena rajin ke kuliah dan kelas tambahan. Muzakarah (study group) jugak sangat bijak untuk dilaksanakan semasa fatrah exam ^_^ … (rajin adik rajin, rajin la belajar.. huhuhu..)

ALHAMDULILLAH. Di tahun akhir pengajian aku di Azhar, Najah-tu bit-Taqdir Jayyid aidhan. That’s why Mimie call pagi tadi wish ‘Mabruk’. Heh, thanks to all yang mendoakan kejayaan bersama (erkk.. ayat skema bagai.. ) Neway, ini adalah berkat doa kalian (^_^) What a happy day, kan? Anda akan merasakan nikmat kejayaan apabila anda suda berusaha. Syukur deh lho! =p

—- Moments of year 2006. Gambar-gambar di bawah di snap tahun pertama aku di Mesir. 3 tahun lepas tuh. Wah wah, zaman muda aku. Haha..

ni salah satu program wajib kena ikut time tu. see.. ade date taken tu. gambar pd thn 2006 =p

gambar bersama pegawai JPMK, setelah tamat program SMS =)

—- Ohooo.. sangat FRUST dengan line malam nih. Apesal susah sangat aku upload gambar ah? Adeyh.. BTW guys, aku akan edit entri ni untuk upload more pictures of me. May be next time, but i wiLL! (Tension to death ngan line serba sengal malam nih. Buka facebook, ok jeee.. Huhu)

—- to be continued —-

|| Alhamdulillah ||

No comment »

Dots..

|| Bismillah ||

Sebenarnya..

+ Sangat rindu untuk ber-blogging. Tapi banyak masa untuk dots.. Huhu.

+ Akan update cerita-cerita dots yang tertangguh. Banyak.

+ Just keep praying for me tiL the ‘dotsis in my hand and OUR hands. Insya Allah (Amin..!)

+ Dots- - - -

nota-kaki: Dots? means :

1) perkara-perkara lain yang berfaedah (-_-”)

2) perkara-perkara lain yang berkaitan perasaan T_T

3) kejayaan dalam peperiksaan (^_^)

.

.

.

.

.

.

.

that’s What i’m doing now - - -

|| Alhamdulillah ||

No comment »

No Photo Here!

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua! Mari kita mulakan mood kita pada hari ini dengan mood yang baik-baik saja. Bukan dengan kesedihan apatah lagi kemarahan (bulan Ramadhan ni mak cik) hehehe.. So, apa kabar semua pembaca budiman? Bagaimana dengan ‘kesihatan’ bulan puasa anda? Harap baik-baik saja :P

Actually, aku tulis entri ni bukan ucapan khas sempena Aidilfitri. Sebenarnya, lebih kurang mau bagi ucapan jugak tapi mungkin di blog aku yang satu lagi (entah sempat taip atau nda. al maklumlah, sibuk sikit sekarang. hohoho..) Okeh la guys.. aku mau cerita pasal apa kali ni. Tengok tajuk la kan ;) “Apa kesss..??” Kalau di ingat balik kisah semalam, memang lawak la. Sepa suruh aku kan, main-main tangkap gambar. Tup tup kedapatan (ketahuan deh lho!!) Mungkin memang nda dibenarkan ambik gambar di Fathalla Market ni. Emm.. adeyh! Lawak. Memang lawak.

Semalam pi shopping raya di Fathalla. After solat terawih around 10pm macam tu la. Naik bas ugrah Le0.50. Planning memang mau shopping untuk raya ni (raya tinggal lagi 3 hari. memang banyak barang abis!!) Padan muka dengan kami. Hehehe.. gula ising, mentega, minyak mazola dsb banyak yang nda sempat beli. Sebab memang abis stok. Huhuhu..

hoho.. snap ntah apa ni.

headphone, cd-s and their ‘families’. hohoho..

tyco buat biskut raya sedang promosi jem nenas ;)

minyak sapi.. moooo…

Aku have no idea untuk melalut kali ni. Cuma raya kali ni aku stay Alex. Sebelum-sebelum ni stay Cairo (Rumah Sabah) Tapi kali ni raya ngan ‘orang-orang Petronas’. Huhuhu.. Actually, beraya ngan abang-abang dan kakak-kakak yang di transfer kerja di Mesir under Petronas. Paling best, diorang tu agak-agak kaya dan mewah-mewah orangnya ;P Jadi mungkin banyak makanan Malaysia bole makan ketika 1st day raya. Dan aku akan bermalam di rumah kak Dorin (rumah bagai istana. hohoho..) Dan mesti makan banyak untuk kali ini! Pastikan aku mesti gembira dan jangan sedih-sedih sebab my Gelimats kuLLu hunna fil Qaherah (semua Gelimats-ku stay Cairo) Huhuhu..

artinya : minyak sapi asli ;)

seems busy. ceh ceh…

biskut raya arab. emm.. beso bebeno yee..

uncle ni pun sibuk pilih ‘kuih tunjuk’

pemuda-pemuda yg shopping raya juga

Mari kita akhiri entri ni dengan ucapan SALAM AIDILFITRI dari saya Nor Affidah Nazurah bt. Roshman, Alexandria Egypt. 28 Ramadhan 1430H. Maaf Zahir dan Batin buat kedua mak dan abah. Akak Nani dan suami. Abang Siwan, adik Nina dan adik Pieypa. Jugak untuk semua aunties dan uncles saya di Kota Kinabalu dan Kundasang. Cousins. My lovely nephews and nieces.

Ucapan SALAM AIDILFITRI juga untuk My Gelimats (sila klik sini), semua ahli BKPSM (sila klik sini), all my friends (ex-SMAIP, ex-TOPUHARA, ex-KUIN) Friends di Friendster, Facebook dan S*** F***s. Okeh la guys, tidak lupa yang pernah singgah (dan tengah baca) blog saya yang sederhana ini (-_-”) Semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah SWT hendaknya. Semoga DIA menerima solat, puasa dan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

nota-kaki : huhu.. tiba-tiba ayat jadi skema bagaiiii…. neway, doakan kejayaan bersama ;p em, gambar di bawah adalah dua wanita yang dikehendaki abang sekuriti Fathalla. Kurang asam betul. “No photo here! No photo here!” Ceh!

—- entri berkaitan sila klik sini

siap ‘peace‘ lagi tu. ini la si Wanted itu

si Wanted jugak. pun ‘peace‘.

si “No photo here! No photo here!”. yang di tengah. baju oren. sedang tulis nama orang yg buat kesalahan. ceh!

|| Alhamdulillah ||

m i z- p i d a : I’m welcoming SHARIFUDDIN FUAD to be here (Mesir) in this 29th Sept. Belajar rajin-rajin. Dan semoga maju jaya (-_-”)

No comment »

Hari Ini Yang Malang.

|| Bismillah ||

Sejak akhir-akhir ni macam malas mau taip banyak-banyak. +_+

Apa kata kita baca macam diari jak. Hehehe..

Hari ini 09 September 2009.

PAGI.

09.45 : Keluar dari rumah. Tahan teksi ke Kuliah Banat.

10:00 : Sampai di Kuliah Banat. Bayar teksi LE3

10:10 : Tunggu masa untuk di ‘tasmi’ madah Al Quran.

11:15 : Agak lama menunggu Dukturah untuk turn di ‘tasmi’

____ s k i p ____

12:30 : Naik bas balik ke rumah (as-Safirah). Peristiwa dalam bas agak-agak ‘panas’. Em memang la sekarang musim panas. Hehe.. Di pendekkan cerita, driver bas gaduh ngan minah arab. Sebab kasut minah tu jak pun. Minah ni tiada kesabaran dan marah-marah. Em, mak cik- mak cik dalam bas suruh sabar (ye la… kan puasa Ramadhan ni. huhuhu…) Tapi tidak berhasil.

Pergaduhan berterusan dalam 10mins. Aku hanya mampu tengok jak. Dalam hati aku, teda adab betul kalau perempuan cakap kasar-kasar camtu. Gaduh ngan lelaki. Satu Alexandria dengar. Semua rakyat Alex terus sibuk kerumun bas tu. Hohoho.. Driver suruh minah ni keluar dari bas (halau le kiranya, you get out!! hihi.. lebih kurang macam tu lah) Tapi minah ni nda mau. Dia tetap mau lelaki tu bertanggungjawab pasal kasut dia yang hampir putus tu sebab tersangkut dalam bas.

Eh eh.. mungkin minah ni nda perasan kot. Kasut tu dah 10 tahun pakai. nda tukar-tukar. Hehehe.. Mak cik-mak cik dalam bas pun cakap macam tu. Bukan aku jak. Ok, sambung cerita lagi. Driver ni berkeras jugak minta minah ni keluar. Sorang perempuan ni (kawan dia) nangis-nangis. Huhuhu. Kesiaaan.. Lastly, driver cakap “Kalau kau nda mau keluar dari bas aku, aku nda akan masuk sampai kau keluar dari bas ni!!!”…… Oh tidak! Pastu lelaki tu pun hempas pintu kuat-kuat (ala, yang macam hero Zed Zaidi buat kalau marah ngan girlfriend dia dalam Sembilu 2) ;P

Eh eh, aku ambik mood balik. Habis sepa yang drive bas ni? Aku mau balik rumah cepat nih. Alaaa… Tsk tsk tsk! Tapi, lepas tu minah ni pun keluar sambil &*^%$#@*&^%^%#$#. Sorang lagi nangis-nangis. Sambil pegang kasut tersebut (punca pergaduhan). Tapi sempat tendang-tendang bas. Sapa yang bersalah. Bas atau kasut atau….? Adeyh.

Setelah beberapa minit (kenapa skema tiba-tiba nih? aku pun nda faham ;P ) bas berjalan semula (ada kaki ka bas ni?? hohoho..) Time aku turun dari bas, hampir mau jatuh aku geng! Gila ka apa ni? Nasib baik aku selamat. Alhamdulillah. Malang sungguh hari ni. Banyak sebenarnya yang berlaku. Malas la mau cerita. Nanti aku NANGIS! Ada tisu ka mau lap air mata nur kasih aku ni?

12:55 : Sampai rumah. Note worthy, Hati aku akan jadi ‘beku’ dalam sebulan ini. Aku macam putus harapan tapi ‘berdosa’ la aku kalau terus begini (wah, skema lagi. huhu..) Aku yakin dengan ketentuan Allah SWT. DIA Maha Berkuasa atas segala-galanya. DIA-Lah Pemberi Rahmat seluruh alam. Mudah-mudahan berkat usaha kami selama ni dan doa kami yang tidak pernah putus akan membuahkan sesuatu yang menggembirakan. (Speechless) +_+

Akhirnya. Aku berharap dan sangat mengharap. Doakan kami :(
|| Alhamdulillah ||

No comment »

Cerita Tentang Blog

|| Bismillah ||

Hye semua. Salam Ramadhan (-_-”)

Entri tiada apa-apa sebenarnya. Aku akan jadi ‘blog walker‘ lagi lepas ni pada dua blog di bawah. Hehehe..

Sekian. Terima kasih ;P

nota-kaki : dua blog di atas amat sesuai ubtuk di baca ketika masa lapang ;P kerana banyak info dan pengetahuan ilmiah ;P selamat membaca!

|| Alhamdulillah ||

No comment »

Masih Bersyukur

|| Bismillah ||

Entri kali ini aku rasa yang paling pendek. I’m speechless!

Aku ~

  • Syukur! Tapi, mesti belajar lagi bersungguh-sungguh mulai dari sekarang!
  • Marhaban Ya Ramadhan. Semoga aku berusaha untuk beramal dan beribadah di bulan berkat ini. RAMADHAN KAREEM. Banyakkan membaca al Quran ye kawan-kawan.
  • Alfu Mabruk kepada yang najah. Kepada yang ‘belum’ najah, anggaplah ini ‘rahmat’ dari ALLAH. Ujian ALLAH sangat pelbagai. Begitu besar hikmah sebenarnya. Kita manusia berakal dan mampu berfikir bahawa kita insan TERPILIH untuk memperbaiki diri. Perbaiki hubungan kita dengan Maha Pencipta kerana DIA sangat merindui rintihan hamba-hambaNYA. Jangan pernah berhenti bersyukur dan teruskan berusaha. InsyaALLAH kejayaan akan tetap milik bersama (^_^)
  • Ampun dan maaf semuanya. Lof uoLs!

nota-kaki : kurang tidur. huhu..

|| Alhamdulillah ||

No comment »

X-Files!

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua. Sore semua. Erm, bukan sorry ye. Selamat petang, malam, pagi dan tengahari untuk anda semua. Hopefully sihat-sihat belaka la. Hmm.. apa kes tiba-tiba tajuk ‘X-Files‘ nih? Tidak ada apa-apa sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan. Aku dalam keadaan mau cepat dan segera sebenarnya ni. Nescafe aku tu sedang tunggu aku. Hehehe. Tapi, tiba-tiba ada mood mau post entri. Aku just mau cerita tentang satu kisah benar dan hakikat yang berlaku di Mesir ni.

Cerita ala-ala Mona Fendi. Kamu ingat lagi ka mak cik tu? Yang tergamak bunuh Allahyarham Dato’ Mazlan suatu ketika dulu? Ok, kalau ingat bagus la ;P

Cerita lebih kurang sama. Tapi, ini satu kisah tentang dua wanita (killer-murderer) lebih kurang macam tu lah. Dua wanita bernama RAYYA dan SAKINAH. Mereka berasal dari Iskandariah (tempat kuliah aku). Rayya dan Sakinah ni mata duitan betul. Pantang nampak perempuan lain ada emas dan duit. Dua minah ni keja diorang tangkap perempuan tu dan lepas tu bunuh! Semata-mata mau emas dan segala harta yang ada pada perempuan (mangsa) tu. Yang aku faham, dua minah ni saling bekerjasama dalam ‘aktiviti nda berfaedah’ nih. Lupa pulak aku bagitau. Kisah ni berlaku dalam tahun 1920. Mama ngan abah aku pun belum lahir lagi. Huhuhu.. Tapi kisah ni sangat masyhur di kalangan orang Mesir. Banyak filem-filem yang mengisahkan tentang dua mak cik ni. Orang Mesir menganggap, Rayya dan Sakinah ni sangat tidak berperikemanusiaan (ya, aku pun setuju jugak!!)

Berapa mangsa pembunuhan? Lupa lagi aku bagitau. Mangsa yang telah dibunuh sebanyak 17 orang. Dan kesemua mangsa adalah perempuan. Untuk pengetahuan kamu jugak, apabila Rayya dan Sakinah ‘berjaya’ membunuh mangsa, suami kedua-dua mak cik ni pulak tolong gali tanah dan kuburkan mangsa. Sungguh tidak ada perasaan laki-bini-laki-bini ni yee. Huhuhu.. Lagi satu, Rayya dan Sakinah ni ada akal sikit (tapi sebenarnya bodoh jugak), kamu ingat ka filem P Ramlee ‘Ali Baba Bujang Lapok‘? Watak Aziz Satar menggali tanah, lantai rumahnya untuk menyembunyikan harta-harta hasil curi. Begitu la aku dapat umpamakan suami Rayya dan Sakinah menggali tanah lantai di rumah, dan kubur mangsa pastu letak tiles balik. Agak-agak kamu faham kan apa aku sampaikan ni. Untuk lebih lanjut sila klik sini untuk baca artikel penuh tentang Rayya dan Sakinah ni. Tapi artikel ni dalam bahasa arab (-_-”)

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal ni aa?? Hehehe. Sila lihat gambar di bawah ni. Ni ‘burqa” yang Rayya dan Sakinah pakai time tu (sekitar tahun 1920). Kalau datang Mesir, jumpa burqa’ ni ingat Rayya dan Sakinah. Kisah diorang yang BUKAN kisah tauladan. Huhuhu.. Sempat jugak pakai burqa’ ni, tapi masa tu cuma tau Rayya wa Sakinah. Selang sehari baru tau kisah benar pembunuhan Rayya dan Sakinah. Huhu. Nda baik tamak. Bersederhanalah dalam kehidupan. Peace! Wallahu ‘Alam.

Rayya??? Nehi! Nehi!

Sakinah?? No! No..!

nota-kaki : kisah bukan tauladan Rayya dan Sakinah ni telah diceritakan oleh Ustaz Muhammad, guru kelas bahasa Arab aku, di Markaz al-Qalam. huhuhu..

|| Alhamdulillah ||

No comment »

I’m Back. But ‘Empty’.

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua! Bertemu kembali dan saya amat rindukan anda-anda semua. Betul nih. Nda tipu. Dan tidak lupa diucapkan selamat berpuasa (qadha) kepada rakan-rakan sekalian. Hihihi.. Jangan lupa abiskan puasa anda yang masih berbaki untuk di’qadha’kan ye ;P Ramadhan nda lama lagi menjelma nih. Selamat berpuasa Ramadhan (awalnya aku wish. Hohoho..)

Update July.

Banyak!!! Banyak cerita aku nih. Tapi kasi ringkas jak la. Jam 02:39am. Belum tidur rupanya kau, Pida?? Buat apa kau pagi-pagi ni haa…? Hehehe.. Actually, mau update blog la. Jap lagi, sahur. Hahaha.. Kantoi! Erm, mari kawan-kawan kita baca ke perenggan seterusnya ;P

Julai. Bulan tua aku. Eh, eh.. means aku masuk dah 26. Wah, makin bertambah umur aku nih. Tapi ketinggian masih tidak bertambah-tambah lagi. Paling tidak pun, kasi la aku tinggi macam Achai the Lalats. Hahaha.. Sori, Chai. Nda sengaja pulak kasi announce kau punya nama geng di blog kak yang santik nih. Hihihi. Eh, melalut dah. Tapi yang sebenarnya, kecik-kecik aku ni pun.. Aku bersyukur sangat-sangat ba (^_^) Kecik-kecik pun, manusia jugak. Yang penting hidup mesti yakin. Hehe..

Julai. I’m being thankful! Aku bakal jadi aunty. Oh, gumbiranya..!! Aku betul-betul hepi (padahal bukan aku yang pregnant) Tapi betul nih. Aku memang teruja! Teruja dapat anak buah pasni. Doa-doa la mudah-mudahan kakak aku selalu sihat dan dipermudahkan sampai tiba masanya nanti (untuk aku menimang anak buah aku) hihihi… Manusia Pida teruja sampai nangis-nangis. Hmm…

Julai. Perasaan berkecamuk. Sangat bikin panas! Nda payah explain la kan.. Tapi, sangat bersyukur jugak! Alhamdulillah.

Julai. Rehlah Matrouh-Siwa. Rehlah ketika musim panas. Memang sangat menguji kesabaran anda. Bukan sahaja panas tapi Achai and the gang jugak sangat menguji kesabaran aku dan Urna. Dan lain-lain jugak. Urna siap berkungfu-tea kwan do fight ngan Achai and the gang. Salute la Ur! I Lof You Poreberrr… Tapi, Urna tidak berhasil apa-apa. Achai and the gang tetap setia bersama-sama dalam coaster. Nda mau lari. Malah membelai wajah-wajah manusia ketika sedang tidur. (Urna..!! Jangan ketawa!! Tutup muka ko ngan bantal busuk ko..! Macam aku :P ) Hik hik hik..

Saja kasi tinguk gambar ni. Motif: Beg aku santik. Hahaha..

Achai, jangan marah aa *winks* Kau tetap hensem sambil memakai baju warna pink! Eh, eh.. kuar tajuk suda nih. Mau cerita Matrouh-Siwa ka, mau cerita pasal geng c Achai ni?? Baiklah, aku cerita pasal Matrouh. Teda apa-apa yang menarik. Suda pigi tiga kali. Boring? Nda jugak.. siok ba. Tapi perasaan teruja tu tiada. Hanya biasa-biasa saja. Tapi Matrouh tetap cantik macam dulu. Hihihi.. Cerita pasal Siwa. Siwa sebuah tempat yang banyak-banyak-banyak kurma. Banyak. Hanya mempunyai pekan kecil. Ada souk. Nama Souk Shally. Macam-macam ada. Ada kurma. Hehe.. Aku nda shopping pun di Souk Shally. Aku lebih rela ber’aircond’ di dalam coaster sebab di luar sangat panas. Di Siwa, kami sempat ke 4 tempat.

1st place. Jabal Mawta. Tempat orang-orang yang suda meninggal. Banyak lobang-lobang yang kita bule nampak di tempat nih. Liang lahad pun banyak. Lupa kira sebab banyaakk..! Sebelum masuk tu, c Epy Mahmud sempat pesan, baca la doa apa-apa sebab tempat ni ‘keras’ (paham-pahamlah Opah!) so, aku dan Urna baca la Surah al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Ada cerita time di Jabal Mawta ni tapi malas aku taip la. Yang buat aku tension sangat, kami punya driver coaster tu memang teda insurans punya mulut. Bayangkan sepanjang di Jabal Mawta tu, mulut dia ni nda stop sebut “Jin Ifrit.. Jin ifrit…Jin Ifrit..” Adoi!! Sudah-sudah la kau pak cik. Nanti malam-malam ada la tu yang ikut kau tidur sama-sama. Hohoho..

Jabal Mawta (Mountain of the Dead)

2nd place. Kolam Cleopatra. Agak-agak si Cleopatra ni memang sangat suka mandi kan? Hoho.. Di mana-mana ada tempat dia bermandi-manda dan berjacuzzi. Hehehe.. Di Matrouh pun ada. Jauh jugak kau ulang-alik mau mandi. Kejap di Siwa, kejap lagi di Matrouh. Jarak antara Matrouh-Siwa lebih kurang 300KM. Huhu.

Kawasan Kolam Cleopatra

3rd place. Temple Ummu Ubayda. Kami just singgah jak. Turun. Jalan sikit. Gambar. Jalan sikit lagi. Gambar lagi. Naik atas batu. Gambar lagi. Jalan sikit. Panas. Masuk coaster. Ada aircond.

4th place. Temple Amon Ray. Masuk 15pound. Wah, nda payah la masuk. Mari kita ramai-ramai nda masuk. Padahal macam teda apa-apa jak pun Tokong c Amon Ray nih. Mahal tu LE15. Huhuhu.. Tapi sempat gambar jugak. Tu pun, dari luar sahaja. Okeh. Bye-bye tokong!

END.

Matrouh. (Dalam rumah)

Urna Ida, kita jalan malam ni. Ko mau pigi soidiliyah (farmasi) kan?

PidaYa, tapi lepas maghrib la aa, Ur. Aku solat dulu. Kita cari soidiliyah.

UrnaBa, ba..

Motif pada dialog. Kenapa aku dan Urna mesti cari farmasi ketika di Matrouh ? Shopping di farmasi-kah? Ish..ish..ish.. Begini ceritanya kawan-kawan. Jari aku luka ketika membuat sarapan untuk anak-anak buah yang tersayang. Hohoho.. Luka agak-agak dalam dan opkos la sakit kan? Ngeh ngeh ngeh.. Kejadian berlaku dengan pantas sekali. Kejadian berlaku selepas subuh. Si mangsa membuka makanan dalam tin dengan penuh bergaya (padan muka kau!!) Sepa suruh kau, pida…. Wawawa.. luka berdarah tidak berhenti. Bertisu-tisu aku lekap di jari. Darah tetap mengalir dengan deras. Wah, deras gitu! Bukan apa, tu menunjukkan darah aku tu memang banyak sangat sampai Urna tolong lap darah aku tu di lantai. Bertaburan di atas lantai. Tidaaakk..! Ngilu rasanya. Tapi, sekarang makin ok. Heheh. Alhamdulillah ;)

Matrouh. (Souk Libya)

Driver tremko : Syarie’ Iskandariyyah! Syarie’ Iskandariyyah..!

Urna: Syarie’ Iskandariyyah??

Driver tremko : Na’am

Budak dua orang yang sangat comel dan penuh keyakinan menaiki tremko tersebut.

Pida: Syarie’ Iskandariyyah bikem?

Kawan driver: Nus genih

Pida: Ala ur, aku teda duit kecik la. Ko bayarkan dulu aa

Urna: Ba, ba..

Lapan minit kemudian.

Driver tremko : Aiwah, kullu nazlin hena. Syarie’ Iskandariyyah ‘udam shuwaiyah..

Pida: Mana ni Ur?

Urna: Em.. sana kali.. Ko rasa?

Pida: Iya kali. Sana..

Maka dengan penuh kecomelan dan keyakinan, dua manusia itu pun berjalan sambil melihat pekan Matrouh yang sangat bingit dan sesak. Eh, mana pantai ni? Nda jumpa-jumpa pun. Untuk pengetahuan korang, rumah yang kami stay berada di lokasi Alexandria Street. Dan berdepan dengan pantai. Tapi, pantai yang di cari-cari masih tidak kelihatan. Huhuhu.. Agak-agak kami suda sesat nih. Tengok jam. Pukul 11:– pm. Jumpa pak cik sorang nih, terus jak Urna tanya Fein bahri?? Dan jari telunjuk pak cik telah membuatkan aku semakin kepanasan. Jari telunjuknya menunjukkan arah yang bertentangan. Adoi! Terpaksa patah-balik ke tempat tadi. Dan agak-agak jauh jugak. Huhuhu. Aku redo.

Dipendekkan cerita. Aku penat. Dan lapar. Singgah rumah datuk Urna jap. Rumah merah. Sebab dekat dengan rumah yang kami stay. Hihihi.. Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah. Mandi. Tidur.. Dan esok-nya? Bye-bye Matrouh! (^_^)

Julai. Mau wishSelamat Hari Lahir’ untuk penama-penama di bawah:

  • Norasikin Bt. Moktar
  • Sharifuddin Bin Fuad
  • Norizah Bt. Awang
  • Zainon Bt. Omar

Semoga anda semua diberkati ALLAH SWT dan sentiasa di bawah lindungan-NYA selalu. Luck dalam apa-apa juga yang kamu buat. Hehehe.. Nun, moga makin cumil. Ko tetap cumil!! GELIMAT!

Okeh la. Perenggan akhir suda ni. Sebelum tu, sila ke sini untuk membuang sedikit masa anda :P Dan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ kepada kawan-kawan yang sedang bercuti di Malaysia. Eh, eh.. awalnya wish raya. Takut teda internet tiba-tiba time raya di Mesir ni nanti. Hohoho.. Asi ka. Apa pun, jangan bersedih atas musibah atau dugaan yang mendatang. Sesungguhnya, ALLAH SWT sentiasa bersama kita. InsyaALLAH..

nota-kaki : To Vampire – “Neither this. Nor that”. AKU MINTA MAAF. Selamat tinggaL. Huhu..

|| Alhamdulillah ||

No comment »

…And I’m Really Into This!

Hye semua! Wish you ols sesihat seperti anda sesihat sebelum anda sakit. Erm, maksud aku sihat selalu la. Kalau sakit, wish you ols get well soon la kan. But i’m the one who got a flu now. Huhuhu. Kepala sangat berat 2-3 hari. Now ada ok sikit sebab ada telan panadol 2 hari yang lepas. Eh eh.. aku bukan mau mengadu sakit ka apa. Tertaip la pulak. Hohoho..

Em, orang-orang sekeliling mengatakan. Apabila suda abis exam rasa suda ‘freedom’. Wah, jadi selama ni pegi berperang la ye? Haha.. Menghadapi exam adalah satu peperangan ka? Mungkin ya. Revolver dan raifal semua ada. M16 pun mungkin ada. BOM? Aku mau bom diri sendiri bole ka? Aku banyak main selama exam nih. Dush! Dush! (sambil tumbuk kepala aku dan adoii….sakitnyaa…!! ) Main lagi kau! Sepa suruh.. (-_-”)

Updates? Yep, i’ve got a lot to do in this holiday. One big holiday. But i do not to talk about this sebenarnya. Hehehe. Cuti-cuti Mesir macam biasa la. Sebagai ahli BKPSM yang taat setia dan baik ;P aku akan sedaya-upaya bagi komitmen untuk program-program yang akan dijalankan. Hohoho. Eh eh.. sila kita baca la perenggan seterusnya ;P

Why i love this guy? Why? (keep asking to myself) Ceh ceh.. sebenarnya cuma suka muvie dia jak ;P Hohoho. Aku fans of Transformers sebab si Shia LaBeouf ni la. (-_-”)

shia la beouf ;)

:p me at pyramid jugak. hoho..

By the way the release date of Transformers 2 is two days earlier than expected, it’s now on June 24, 2009! It can’t be too soon for Transformers 2. And this new Transformers movie is really international, with scenes taking place in Egypt (wah..wah.. they did go to the real pyramids) Hehe..

tu dia.. bila masa ye? time ni aku di Alex sedang tido. hoho..

Gue juga suka banget sama badminton. Tu gambarnya pemain Malaysia peluk sama pemainnya Indonesia. Bagus ya?? Uda lama nggak nonton badminton. Huhuhu. Kesian lho sama gue. BTW, i’m a big supporter Dato’ Lee Chong Wei. Malaysia Boleh! *Minum milo anda jadi sihat dan kuat* Iklan tamat :p

wah.. wah.. mesre gitu. neway, congrats to Dato’ Lee :) (menang dalam piala terbuka Indonesia baru-baru ni)

ALhamduLiLLah! Ya, aku nda tau apa-apa pun tentang dunia politiks. Tapi, ada bagus dan baiknya Mahmoud Ahmadinejad menang dalam keputusan pilihanraya Jumaat lepas. Tapi rusuhan berterusan di Teheran menunjukkan penyokong-penyokong Mausavi masih bersisa tidak puas hati. Huh. Jadi mau apa kamu? Pilihanraya sekali lagi atau kira undi lagi? Mau apa? Tidak bersyukur ya? Hehehe. Apa-apa pun, sila ke sini untuk melihat artikel mengenai Ahmadinejad. WaLLahu ‘aLam.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

penyokong Mir Houssien Mousavi membaling batu ke arah polis. Huhu..

Eh, habis suda perenggan ka? Macam jadi mental blocked terus. Hahaha.. Okeh la semua. Kasi stop dulu buat kali ini. Mungkin selepas dua bulan baru dapat update. Hahaha. Busy la sangat. Oh ya kawan-kawan. Next month aku suda mau menambahkan umur. Haha. Sila wish me luck and luck la, k ;) Take care semua. (*_^)

nota-kaki: Selamat Pengantin Baru kepada Mohd. Khairulnizam Bin Luqman dan isteri. Sorry for the delay. Hehe..

No comment »

Al Fatihah

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua. Semoga dirahmati Allah SWT untuk semua. Lately, memang sangat rajin online. Adakah ianya balas dendam? Tak la, aku tak bermusuh pada sesiapa (ayat apakah ini? abaikan…) Erm, sebenarnya aku sangat-sangat tidak sengaja membelek diari lama semalam. Tapi sudah terlanjur membukanya, inilah yang aku terbaca dan sangat tersentuh (so touching-touching) :( Mari kita baca apa yang aku tulis dalam diari warna hitam aku. Kejadian pada tahun 2005. Silakan membaca jika sedang rajin.

06 September 2005. Selasa. Kolej.

~~ Aku tengah tidur. Pagi tadi ada paper, aku penat giler-giler sebab stayed up all nite la sampai pagi. Study punya pasal. That’s why petang tu aku bantai tidur sampai petang! Nikmat!

Aku sedar tone msg aku asyik ‘jerit-jerit’. Banyak msg masuk tapi buat tak tau je. Tidur mungkin lebih baik. Tone msg bunyi lagi. Hati aku tergerak untuk baca msg. Ngantuk tak hilang lagi nih tapi memang rasa nak bukak msg-es. ASTAGHFIRULLAH..!! Aku tak mahu percaya! Ini adalah satu kesilapan. Tak mungkin! IJAM..!! Ko salah taip msg. Ko tekan keypad tak betul! Ko tersilap! Aku pegang hanset dah tak betul. Tangan terketar-ketar! Apa ni!?? Aku try ambil masa dan masih terasa ‘kosong’. Aku dial no.phone Ijam. Mungkin salah taip msg dan harapan aku begitu. Harap-harap apa yang baru aku tadi adalah tidak benar! TAPI, Ijam suruh sabar dan terima hakikat. Aku tak mampu terima. “Ijam, ko salah taip msg kan? Ko tersilap kan?” Hati aku ‘kosong’.

“Idah, sabarlah. Semua kehendak Allah SWT. Allah sayang dia. Sebab tu dia ‘pergi’ awal dari kita.” INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN. Aku tau, aku perlukan masa tapi aku tak tau sampai bila. Aku mesti terima hakikat walaupun terlalu pahit dan pedih aku terasa. Aku tak pernah bayangkan ini terjadi. Memang kuasa Allah bila ajal dah tiba, sesaat pun tak akan menunggu.

Airmata tak berhenti mengalir. Sepatah kata tak terlafaz. Tuhan, berilah aku kekuatan. aku baru sedar aku tak sekuat mana. Aku terlalu lemah! Serasa tak dapat tanggung semua ni.

Bila ku ingat, sebelum kembali ke Kedah (semester baru nak start) Aku terlalu sibuk mencari gambar Iswan dan Syue.Puas mencari dan jumpa juga akhirnya. Gambar tu Iswan dan Syue masih kecik lagi (Iswan adalah adik aku). Memang gambar inilah yang aku cari dan ada dua keping. Erm, mungkin satu kebetulan.

Sepanjang bercuti di Sabah selama dua bulan, banyak kali aku dan cousins buat planning untuk bercuti ke mana-mana (itu kebiasaan kami apabila setiap kali cuti. sebab tu me and cousins sangat rapat) Tapi, kali ini planning selalu tak menjadi sebab Syue masih kuliah dan UIA tak cuti lagi. Dan memang kebiasaan juga me and cousins akan lepak dan makan-makan di rumah Syue. Jadi, ringkasnya kali ni tak sempat ke mana-mana sebab Syue tiada dan tunggu Syue balik Sabah. TAPI… (tak sempat :( )

Hari lahir aku yang lepas Syue sempat wish walaupun tak cakap sendiri. Dua bulan selepas itu, berita pemergiannya yang aku terima. Walaupun Syue ’sudah tiada’ tapi aku tau, dia tetap di hati sampai bila-bila.

What we’ve shared, what we’ve cried for.. i always remember that. Dia terlalu sempurna. Terlalu baik. Seorang yang beriman. Dan selalu sabar. Kau adalah insan terbaik yang pernah aku ada dalam hidup.

Semoga Allah merahmati roh SYUE. Aku terlalu rindu, tapi hanya bacaan Yaasin dan doa yang mampu aku berikan. Bersemadilah dengan tenang. May your soul rest in peace. Setiap kali airmata mengalir, tak pernah aku rasa tenang melainkan mengingatkan kata-kata semangat yang pernah kau katakan dulu.

SYUE, walaupun terlalu pahit untuk aku terima tapi “Kebenaran perlu diterima sungguhpun pedih. Hanya kesabaran melangkaui segala-galanya”. Jiwa kosong. Hati merintih. Tapi kau tetap tak akan kembali lagi. Aku tau, Allah bersama dengan orang yang sabar.

***********

Baiklah semua pembaca sekalian. Kisah ini sentiasa dalam ingatan aku. Setahun, dua tahun, tiga tahun tak dapat menyembuhkan hati aku.  Ayat-ayat skema memang banyak pada entri kali ni. Hehe.. Macam ayat-ayat putus cinta pulak. Me sorry ya! ;P Erm.. aku masih simpan mesej-mesej penting pada hari itu. Terima kasih pada kawan-kawan yang bagi semangat masa tu. Keja nangis sepanjang hari. Ketika fatrah exam. Me love you all la! Pida Amin, Ichie, Ateh, Pijah, Idayati, Urna & Mas (sebelum pi Mesir) dan kakak-kakak senior. Dan juga mama, abah, akak Nani, abang Siwan dan dua adik-ku sayang. Nina & Pieypa. Everyday msg dan call (sob…sob..sob…)

***********

Antara mesej yang aku masih simpan sehingga sekarang.

From: Ijam

Idah, si Syue meninggal suda..

From: Hazrul

Ya, abang saya suda tau. Saya ikut dia pi KK ni. Akak pida tabahkan hati..

From: Unie

InaLiLLahi Wa iLaihi Raji’un. Kita doa sama-sama supaya roh dia dicucuri rahmat. Pedihnya hati saya ni pida. Susah saya mau terima hakikat ni..

From: Urna

Idah, sabar la ko aa. Aku pun terkejut giler tadi. Time aku ketawa-ketawa ada plak berita sedih. Kita tak jangka apa ketentuan Allah. Dia Maha Berkuasa. Redha jak la.. Sabar-sabar a

From: Irwan

Wan tau pda tabah. Wan ada di sisi pda di kala suka dan duka pda. You know how to find me. I always besides you. Pda sedih, wan pun sedih juga.

From: Bacho (Mesir)

Apa puncanya pda? Si Raja ada jugak bgtau tadi tapi nda pasti. Dia cakap accident jak.Kamu di mana ni? InsyaAllah malam ni kami baca Yaasin di sini. Imam di mana sekarang?

From: Iswan

Jenazah dalam perjalanan pi Kundasang, mungkin jam 7 @ 8 sampai. Ko jangan la sedih a..

From: Iswan

Keranda arwah baru di buka. kami tgk jenazah dia. Muka dia tenang jak. Tadi mama c Ijam pengsan. Tapi sekarang dah ok

From: Iswan

Kami pun baru baca surat kabar. Jangan la terlampau nangis. Kuatkan semangat, buat exam betul-betul.

From: Akak Nani

Masa saya sampai sini tadi, saya peluk papa Imam ngan mama Halineh. kami nangis. Saya nda tahan sedih. Tapi sekarang si papa Imam nda nangis. Tenang skit perasaan dia.

From: Akak nani

Ramai betul orang. Sekarang ni timbus tanah. Sedih betul. Dari semalam x berenti nangis.

From: Iswan

Kami di masjid baru abis baca Yaasin. Ko sabar aa. Banyakkan doa, k..

***********

TAK TAHU. By, SYUE (Sehari sebelum pemergiannya)

Tak tahu apa yang sedang difikirkan. Tak dapat diduga, tak dapat di teka. Mungkin semuanya satu kebetulan. Tak tahu apa yang diperlukan. Sama ada meneruskan atau tidak, berputus asa atau terus menanti. Tak tahu. Kadangkala hati kecil bertanya. Bilakah semuanya akan bersinar? Beginikah realiti hidup?. Kadangkala hati berbisik, “Siapa yang ingin tahu? Siapa yang sudi mendengar? Siapa yang sudi memahami?” Namun semuanya bagaikan bisu. Tidak terjawab oleh minda mahupun hati sendiri. Memang susah untuk di mengerti kerana susah untuk mencipta satu cara untuk dimengertikan.

Tapi…… Sampai satu saat, semua ini akan berakhir. Ku sendiri akan mengakhiri segalanya. Bukan berputus asa, bosan, tetapi realiti hidup. Perlu mencari sesuatu yang terang dan nyata..

Memang susah dimengertikan..

|| 05 September 2005 ||

Sumber: Syue’s Blog Friendster.

Al fatihah untuk arwah SALFARINA BINTI LUQMAN. I always love you till i die.

keratan akhbar yang masih aku simpan (snap dari meja study aku) gambar wanita di atas tiada kena mengena. only keratan akhbar. harap maklum ;P

nota-kaki : arwah Syue adalah adik bungsu kepada Ijam (Khairul Nizam Lokman). papa Imam - abah kepada Ijam dan Syue. dan merangkap pak cik aku. mama Halineh - isteri kepada papa Imam (mama Ijam & Syue)

|| Alhamdulillah ||

No comment »